7 DESIGN KOTAK SERUM TERBAIK DUNIA PILIHAN MOSUMART! | Kilang Cetak Kotak & Sticker KL Murah & Cepat KL Packaging Box Supplier

7 DESIGN KOTAK SERUM TERBAIK DUNIA PILIHAN MOSUMART!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Akhir-akhir ini banyak permintaan dari pelanggan untuk design dan cetak kotak serum kecantikan. 

Dalam proses carian idea dan design kami menemui beberapa design yang menarik dan kemas. Berikut adalah penemuan carian kami, 

7 DESIGN KOTAK SERUM TERBAIK DUNIA PILIHAN MOSUMART!

No. 1: Kotak Soothing Serum Oleh Olga Samsonenko 

Design Kotak Serum beliau sangat  Menarik dengan sedikit minimalis konsep, tidak terlalu berat dan direct to the point.

Serum Organic Harmony hasil design Tuan Olga ini adalah berasaskan 100% bahan semulajadi. Teringat admin dekat Khiells Serum. 


Credit: Olga Samsonenko 

No. 2: Kotak Soothing Serum Oleh Lindsay Alberts

Design kotak serum di tempat kedua adalah daripada Cik Lindsay Alberts untuk produk Future Derms. Serum ini dihasilkan dengan kombinasi dua sumber iaitu Kefin dan retinol. Design packaging serum ini lebih kepada 'klinikal' dan minimalis. 


Credits: Lindsay Alberts

No. 3: Kotak Kolagen Serum Oleh Michaela Vargas Coronado

Haa, Ini admin suka. Untuk tempat ketiga pilihan Mosumart adalah Serum kolagen dari DeAge, hasil karya Michaela Vargas Coronado. Nampak sangat unik rekaan kotak serumnya. 


Credits: Michaela Vargas Coronado

No. 4: Kotak Serum MYRLA Micella Formula Oleh Reka Darvas

Design kotak serum di tempat ke-4 adalah daripada Reka Darvas. Design Kotak serum ini agak unik dengan sedikit pattern di tengah2 kotak untuk mendapatkan feel eksklusif dengan design yang minimalis dengan penggunaan 1 warna sahaja (K100). 


Credits: RĂ©ka Darvas

No. 5: Kotak Serum Revive Oleh Robinsson Cravent

Pasti ramai wanita yang sukakan packaging serum ini. Warna rose-gold dan soft pink memang satu kombinasi yang 'kena' dan nampak 'lembut'. 

Kotak REVIVE Serum oleh Sofisticada ini direka oleh Mr Robinson Cravents. Berdasarkan sumber, target produk ini adalah pelanggan yang concern mengenai anti-aging dan ingin nampak kulit muda remaja. 
targeting customers who are concerned with anti-aging products or who want to keep their skin looking and feeling young. 


Credits: Robinsson Cravents 

No. 6: Kotak Soothing Serum Oleh Acid and Marble

Beralih ke tempaat ke-6, Kotak Serum kali ini direka oleh Acid and Marble. Serum diberi nama Transderma ini adalah Serum Vitamin C dengan kandungan 30ml. 

Admin tertarik dengan warna biru yang ditonjolkan. Cetakan menggunakan silver foil dengan Pantone biru pasti membuatkan packaging ini nampak lebih menyerlah bila di letak di bahagian 'display shelve' nanti. 



Credits: Acid and Marble ®

No. 7: Kotak Soothing Serum Oleh Chantal Martin

Beralih ke tempat ke-7, design kotak serum kali ini  adalah direka oleh Chantal Martin, Paris. Minimalis dan modern packaging design. 

Design Kotak serumnya agak unik dengan penggunaan chipboard keras. Botol serumnya juga agak unik dan menarik. Pasti harganya berbaloi dan kualiti produk sudah terjamin.  


Credits: Chantal Martin 

Rgds,
Admin

Disclaimer:-  Design-design kotak serum di atas ini bukan Hasil karya Mosumart design dan ianya adalah review dan pandangan peribadi admin sahaja. 
Share on Google Plus

About Supian Mustapa

Supian Mustapa merupakan admin dan founder Mosumart Design. Mempunyai pengalaman dalam graphic design semenjak di bangku universiti lagi sekitar 2004. Beliau boleh dihubungi terus di facebook beliau di sini dan di no hotline 014-523 0284.
Catat Ulasan