5 PERKARA WOW MENGENAI SARANG BURUNG WALIT (BIRDNEST) | Kilang Cetak Kotak & Sticker KL Murah & Cepat KL Packaging Box Supplier

5 PERKARA WOW MENGENAI SARANG BURUNG WALIT (BIRDNEST)

INFO MENGENAI SARANG BURUNG WALIT YANG KITA MUNGKIN TAK TAHU

design kotak sarang burung

1. Sarang burung diambil ketika perut kosong

Untuk serapan nutrien dari sarang burung, seeloknya diambil dalam keadaanperut kosong menurut perubatan kuno Cina.

2. Warna sarang burung bukan berasal daripada darah burung walet



Warna sarang burung walit tidak berasal dari warna darah burung walit sebaliknya terhasil dari pengoksidaan dari alam sekeliling.


3. Sarang Burung Walit baik untuk lelaki?


Sarang burung walit mempunyai kandungan glycoprotein yang tinggi, faktor pertumbuhan dan sifat bertenaga secara alami yang dapat membantu meningkatkan sistem uminisasi tubuh.


4. Sarang burung secara tradisional digunakan sebagai makanan tambahan

design kotak sarang burung

Berdasarkan kajian moden, sarang burung walit kaya dengan agen-agen pertumbuhan epidermis iaitu Epidermal Growth Factor (EGF). Agen ini bertanggungjawab untuk memperbaiki tisu kulit. Sebab itulah sarang burung terkenal untuk mengekalkan awet muda dan rawatan kulit wajah. Sarang burung juga digunakan secara tradisional untuk membersihkan Phlegm, mengurangkan batuk kering yang kronik dan melegakan keletihan. Sarang burung juga boleh digunakan untuk merangsang selera makan, memperbaiki pencernaan dan merangsang pergerakan usus menjadi lebih baik.


5. Sarang burung baik untuk kanak-kanak

design kotak sarang burung
Kredit: pxhere.com

Bagi anda yang mempunyai anak, mungkin dah boleh mula beri anak anda minum air sarang burung. Ini kerana, sarang burung yang mengandungi protein, asid amino dan mineral berfungsi untuk pertumbuhan sihat.

Dalam perubatan tradisional Cina, penggunaan sarang burung secara berterusan dapat membantu menghalang selesema selain meningkatkan fungsi paru-paru dan buah pinggang. Sarang burung juga membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Psst...Sebelum itu, admin nak pesan nak beli make sure kualitinya original..sebab banyak di pasaran menjual saki baki atau 'serpihan' sahaja. :)

Sumber: Wanista & Euyansang


Sekian,

Admin

Share on Google Plus

About Mosumart Design

Supian Mustapa merupakan admin dan founder Mosumart Design. Mempunyai pengalaman dalam graphic design semenjak di bangku universiti lagi sekitar 2004. Beliau boleh dihubungi terus di facebook beliau di sini dan di no hotline 014-523 0284.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: